اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

20 December 2011

Budak Pondok?

in the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..


Allah,Allah

2 minggu (lebih) bergelar santri di Baitul Qurra'..Menadah ilmu dengan 2 orang guru yang sangat hebat, MasyaAllah, Tabarakumullah..Terlalu banyak ilmu dan pengajaran yang InsyaAllah dapat dikutip..Barulah terasa betapa indahnya hidup dalam persekitaran yang penuh dengan nilai-nilai Islam dan sunnah Rasulullah s.a.w..

Hati sungguh berat tika melangkah keluar dari sana..Berat sungguh..

Menghadam kitab Safinatun Naja (Fiqh) dan Al-Kharidatul Bahiyyah (Tauhid) selama di sana, dan Alhamdulillah khatam..Mudah-mudahan ilmu yang berjaya dikutip akan melekat bersama diri dan dapat kiranya memberi pada yang lain jika termampu..

Cuti yang tersisa akan digunakan untuk berkhidmat pada ibu tersayang yang selamat tiba di sini jumaat lalu, Alhamdulillah..Walaupun jiwa meronta-ronta untuk menadah ilmu lagi dan menceritakan pengalaman di BQ tapi terkekang dengan tanggungjawab lain..Inilah tarbiyyah dari Allah secara langsung, menguji apakah segala ilmu dan tarbiyyah yang dikutip bukan sekadar di atas kertas tapi berjaya diamalkan..InsyaAllah..






Tingkatkan Ibadat, Kurangkan Maksiat


p/s: Thalibul 'ilmi fariidhotun 'ala kulli muslimin..Teringat ustaz-ustaz yang selalu mengingatkan untuk beradab dengan ilmu dan guru serta jangan pernah berhenti untuk mencari ilmu, belajar, belajar dan belajar..setelah itu amalkan..kerana amal lah peneman kita kelak..insyaAllah..

3 comments:

Anonymous said...

boleh berkongsi ilmu yg ada... dan sampaikan kpd teman2 yg daagakan tarbiyah...

-maria ben celup-

azah said...

pasni lau ade daurah agy..kasitau tau..try nak g gakk ..huhu..:)

Unknown said...

maria ben celup?
insyaAllah setakat termampu..diri juga masih perlukan tarbiyah..


azah: insyaAllah azah..xlama lg ada, ngaji kitab baru plak, tapi kita ada kuliah plak lepas tuh..