اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

10 January 2011

Tear drop

Sekarang hujan, lebat..
Suasana hostel, sunyi..
Dan aku, duduk di atas katil menghadap laptop seorang diri..
Berfikir dan terus berfikir..
Tentang masa silam yang kelam..
Dan masa hadapan yang terlihat cahayanya, namun sukar digapai..


Ramai yang bertanya..
Bagaimana boleh terdetik hati untuk berubah,
Bagaimana boleh kuat untuk berubah,
Bagaimana boleh terus tabah dan istiqamah untuk berubah
dan macam-macam bagaimana lagi..


Jawapannya mudah..
YAKIN!


Kisah silam itu, jadikan ikhtibar dan jangan sesekali mengulanginya lagi..
Terkadang hati ini terusik..
"Boleh ke?", "Layak ke?", "Betuk ke ni?"
Yalah, aku datang dari masa silam yang kelam..
Dan ia memang menghantui..
Dalam hati terus terus bertanya..
Layak ke diri ini memberi nasihat?
Layak ke diri ini bercakap seumpama ini?
Layak ke diri ini membantu yang lain?
Persoalan layak atau tidak itu bermain-main di minda..
Orang kata yang menentukan layak atau tidak itu Dia..
Lakukan saja apa yang patut..
Tapi, anda anda anda yang terjaga sedari kecil itu
tidak mengerti bagaimana rasa hati ini..
Hati ini kotor, tidak seperti kamu..
Ya, bukan semua orang boleh mendapat
apa yang aku dapat tika ini..
Aku dapat merasai apa yang kamu-kamu itu rasai..
Aku faham bagaimana punya hati kotor..
Aku faham bagaimana proses pembersihan..
Aku faham bagaimana rasa bagai baru dilahirkan..


Air mata terus mengalir..


*****************************************************

Kali terakhir aku balik ke rumah berjumpa abah mama
pada syawal yang lepas..
Mereka kata aku tabah, orang lain mungkin setiap dua minggu mahu balik..
Mereka kata aku kuat, orang lain sanggup makan maggi untuk beli tiket balik..


Aku tidak sekuat itu, sebab itu jarang sekali untuk aku call ke rumah..
Takut air mata ini mengalir..
Biarlah ym & sms penghubung setiap hari dengan abahmama..
Untung ada abahmama yang celik IT, malah lebih hebat..


Begitulah halnya dengan perubahan ini..
Kuatnya aku untuk tidak balik begitulah kuatnya aku untuk mempertahankan
perubahan yang begitu sukar untuk dicapai..
Tabahnya aku untuk tidak menangisi jarak ini begitulah tabahnya
aku untuk menjawab segala pertanyaan dan segala sindiran
mereka yang melihat perubahan ini..


Ada yang berkata,
"eleehh, macam aku tak kenal kau, nanti kau balik lah tuh macam dulu, sekejap ja tuh"
"tak payah lah tunjuk balik, tak payah lah tunjuk rajin, menyampah"


Aku siapa untuk tutup mulut mereka?
Apa yang aku buat ini betul, maka aku tidak takut..
Ini pegangan aku, tanggungjawab aku untuk pertahankan..
Jika aku tidak dapat lawan dengan perkataan aku lawan dengan perbuatan dan hati..
Aku lakukan apa yang perlu aku buat tanpa menghiraukan kata-kata mereka
dan aku doa dalam hati moga dilembutkan hati mereka,
dan dititipkan hidayah pada mereka..


Ya, tidak mudah untuk semua ini..
Tidak perlu untuk diceritakan lebih lanjut..
Cukup dengan mengatakan bahawa, kehidupan ku dahulu
lebih banyak disulami dengan ilmu tanpa amal,
sama ada orang lain mahupun diri sendiri..
Dan itu menyebabkan penyakit hati yang berpanjangan..

**********************************************************

Persoalan seterusnya, bagaimana kesedaran ini timbul?

1. Aku sedar dalam diri ini mengalir darah kekasih Allah apabila melihat nasab yang telah dibukukan itu. Dan kenapa aku yang mempunyai darahnya bersikap sebegini rupa, aku malu pada Dia dan aku malu pada kekasihnya..
2. Aku kasihan dan aku tak sanggup untuk melihat Abah dan abang ku diheret ke neraka.
3. Aku kasihan dan simpati pada diriku..Untuk apa aku seksa diri sendiri?
4. Kitabullah itu banyak mengajar, kasihan dia selama ini ku pandang sepi sedangkan ilmu yang dibawanya begitu besar..Sekarang dia temanku walaupun aku merangkak.. Tapi bak kata seseorang itu, lebih baik merangkak dari berdiri tak bergerak.. At least ada kemajuan, kan?
5. Pernah ku katakan tentang idola itu bukan? Ya, aku sayang sahabat ku itu..


seterusnya.?

Ahh..aku sudah tidak kuat..
Tinggal dulu..

No comments: